Game Yang Menghina Islam!!

Assalamualaikum w.b.t.. pesanan kpd diri sendiri dan gamerz2 di luar sana tu, silalah berhati2 bila bermain video game, kerana kebiasaannya kita akan terleka dan lalai dengan perintah Allah. Itu dah semestinya ramai yg mengetahui tapi bila dah terleka, dah tak ingat dah..sekadar ingatan dan pesanan..

Sekarang ini, perkara yg mungkin kita tak terperasan atau mungkin dah terperasan, tapi buat2 tak perasan game2 yg kita main ini kadang2 mengandungi unsur2 penghinaan. Antara game yang popular pun ada..

Di bawah ini adalah senarainya disertai dengan bukti2:

1. Devil May Cry 3 (DMC3):


 Cover game DMC3. Watak di dalm cover ini namanya Dante. Banyak game yang meggunakan nama ini dan ia adalah adaptasi dari nama Dante Alighieri. Siapakah Dante Alighieri ini??Akan diceritakan kemudian..



Inilah salah satu babak dalam game keluaran Capcom ini yang memaparkan satu pintu yang hendak dimasuki oleh watak game tersebut.



Cuba tengok dengan teliti dalam bulatan itu. Ia adalah kalimah Allah!! Sungguh berani mereka mempermainkan kalimah Allah ini.



Ini pula gambar pintu kaabah. Jelas sama dengan pintu di dalam video game tersebut.


    2. Clive Barker Undying

     

    Game ini adalah first-person shooter dimana pemain dikehendaki menembak dan membunuh syaitan2/hantu2.



    Antara babak yang memaparkan pemain berada di dalam istana untuk menembak syaitan yg berada di situ.
    Kalimah Allah secara jelas dipaparkan pada dinding istana tersebut.





    Sudah terang lagi bersuluh. Game ini telah pun dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) di Malaysia.


    3. Zack and Wiki

    Luahan dari seorang gamer Wii:
    “Sebagai seorang gamer Wii, saya melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, “Allahu Akbar”, dan kemudian meniru cara doa. Pelik dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain.”
    Tindakan yg telah dibuat:
    The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a “common Islamic phrase” from Zack & Wiki: Quest for Barbaros’ Treasure on the Wii. The phrase’s removal comes following complaints from CAIR and others.
    The phrase in question is “Allahu akbar” (“God is most Great”), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants’ attention after it appeared in a promotional video for the game.
    A Capcom representative told CAIR, “We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public.”
    “We appreciated Capcom’s willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company’s swift response
    Pengeluarnya adalah Capcom lagi...Pengeluar game terkenal, antaranya Street Fighter, Megaman, DMC dan lain2 lg.

    Kalau nak dengar, tengok video di bawah ini dan dengar dengan teliti. Minit ke-0:20 dan 0:40 :


    4. Prince Of Persia:


    Game yang berlatar belakang persekitaran tanah arab.
    Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,
    “Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”
    (Sabda Rasulullah SAW)
     
    Dimanakah unsur penghinaannya? Didalam game ini watak utama akan membunuh siapa saja yang menghalangnya dan membunuh askar-askar persia, tahukah anda bahawa perajurit persia adalah muslim. Secara tidak langsung game ini mengatakan bahawa ajaran Rasullulah yang disebarkan adalah ajaran membunuh. Selain itu, jangan dipermainkan ayat2 al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. 








     5. Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes

    Kalau dah gamerz, mesti tahu punya game ini.. Di dalam game ini kita mesti menembak askar-askar yang beragama Islam dimana penembak adalah CT-force(couter terrorist) dan yang kena tembak itu adalah terrorist. Kalau kita sedar, masa kita menembak askar tersebut, kita boleh dengar askar yang terkena tembakan menjerit “ALLAHUAKBAR” dan “JIHADD”.


    6. Stronghold Crusader


    Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu tentera Islam yg berbangsa Arab. Perang Salib adalah peperangan antara tentera kristian dan tentera Islam.


    7. Guitar Hero 3 Legends Of Rock









    Lihatlah bagaimana kalimah Allah ini telah dijadikan corak lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.


    8. Resident Evil 4



    Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama “Los Illuminados”.
    Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”
    Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.

     

    Tadi pintu Kaabah, kali ini pintu apa pula??




    Jika dizoom..





    Sama dengan pintu ini. Inilah pintu Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madinah.. 



    Nampaknya pintu tersebut bukan sahaja diciplak, tapi telah diilluminatikan!!

    1 comment:

    1. First of all, Devil May Cry 3 infamous door pattern has been removed in the HD Remasted. Second, Zack & Wiki Allahuakbah voice has been removed before the game release, it just a trailer and it's not finished yet. And finally, in Counter Strike, i've been playing this game since i was a kid and there's no anyone say allahuakbar or islam related things. I hope you can update your article

      ReplyDelete