Matahari di Tengah Malam (The Midnight Sun)




Assalamualaikum w.b.t..

Mungkin kita sedang tertanya2 adakah kejadian ini hanyalah rekaan ataupun sekadar gambar yang diedit untuk nampak lebih menarik. Namun hakikatnya, ia adalah fenomena alam yang sememangnya berlaku di sebahagian tempat di negara2 yang berlingkungan di bulatan utara Artik dan bulatan selatan Antartika (Kutub Utara dan Kutub Selatan) di mana secara ringkasnya matahari dapat dilihat 24jam sehari, siang dan malam. Subhanallah..


http://fc00.deviantart.net/fs11/i/2006/209/4/0/The_Midnight_Sun_by_Isilmetriel.jpg
Matahari kelihatan 24 jam.

Fenomena ini berlaku pada bulan-bulan musim panas di mana matahari masih kelihatan pada tengah malam sekitar soltis(21 Jun di utara dan 21 Disember di selatan) jika dalam keadaan cuaca yang baik.

Tiada penempatan manusia tetap di selatan Bulatan Antartika, jadi negara-negara dan wilayah yang mengalaminya adalah terhad kepada lintasan Bulatan Artik, contohnya Kanada (Yukon, Northwest Territories dan ethnic), Denmark (Greenland), Finland, Sápmi, Norway, Rusia, Sweden, Amerika Syarikat (Alaska), dan kaki Iceland. Satu perempat daripada wilayah Finland terletak di utara Bulatan Artik dan di titik paling utara, matahari tidak terbenam langsung untuk 60 hari semasa musim panas. Di Svalbard, Norway, utara Eropah, matahari tidak terbenam dari kira-kira 19 April - 23 Ogos. 

Di daerah kutub itu sendiri, matahari hanya terbit dan terbenam sekali dalam setahun. Selama 6 bulan ketika matahari berada di atas ufuk, matahari akan terus bergerak di sekitar ufuk, dan mencapai ketinggian yang tertinggi semasa soltis ketika musim panas.



Bulatan Artik


Agak2 malam ke siang?


Waktu malam di Lapland, Finland


Midnight Sun di Kiruna, Sweden.



Para pelancong juga dapat menikmati keindahan fenomena ini selama 24 jam, akan tetapi sudah pasti ada kesan buruknya, iaitu mengalami gangguan tidur kerana malamnya seperti siang. Sekiranya berpuasa, ijtihad para ulama' telah menetapkan untuk berpuasa sepertimana kita berada di luar negara di mana matahari terbit terbenamnya tidak sekata iaitu dengan mengikut jam/waktu.


Tempat bagi para pelancong yang ingin melihat Midnight Sun di Norway:
1. Longyerbyen (Spitzbergen): Apr 20 – Aug 20
2. North Cape (Nordkapp): May 14 – July 30
3. Hammerfest: May 16 – July 27
4. Tromsø/Tromso, Hausberg: May 20 – July 22
5. Narvik, Hausberg: May 25 – July 18
6. Lofoten & Vesterålen: Late May – Mid July
7. Bodø/Bodo: July 4 – July

0 comments: