Bawa Arak dan Susun Arak Pun Haram.

Assalamualaikum w.b.t...

Arak adalah minuman beralkohol yg memabukkan dan haram meminumnya. Ianya najis dan kekal haram sehingga mana berlakunya darurat(mengikut syarat2 darurat tertentu). 

Pengharaman minum arak,

Firman Allah:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَن يُوقِعَ بَيۡنَكُمُ ٱلۡعَدَٲوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ فِى ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِ وَيَصُدَّكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِ‌ۖ فَهَلۡ أَنتُم مُّنتَہُونَ
Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)."
(Surah al-Maidah 5:90-91)

Itu yang meminumnya, bagaimana pula yang menghidangkan, membawa, membeli, menguruskan mahupun menjualnya? Perkara inilah yang amat dititikberatkan kerana perkara ini masih berlaku lagi sekarang ini malah para siswa dan siswi juga tidak terlepas dari pekerjaan ini!..  Terutamanya bagi mereka yang mengambil bidang perhotelan.


Ini kisah benar dimana salah seorang siswa universiti mengambil bidang perhotelan dan telah melakukan latihan industri atau praktikal di sebuah hotel ternama di pulau percutian telah ditanya, 
adakah arak dihidangkan?? 
Dan dia menjawab "ya, nak buat macam mana, bos suruh"..
Rakannya yg bekerja di hotel berlainan juga ditanya perkara yang sama dan menjawab dengan jawapan yg lebih kurang sama..

Salah satu hotel luar negara yang menghidangkan arak..
Mungkin lebih ramai lagi di luar sana yang masih menghidangkan arak walaupun tidak kepada non-muslim namun perbuatan tersebut tetap HARAM sepertimana hadis tersebut:

Sabda Rasulullah S.A.W riwayat Abu Daud:
Ada sembilan golongan yang dilaknat Allah.
a)      Peminum arak
b)      Orang yang menuangkan arak ke dalam gelas dan sebagainya untuk diminum (kerja sebagai pelayan, bar tender dan sebagainya yang menghidangkan arak).
c)      Penjual arak
d)      Pembeli arak
e)      Orang yang memerah arak (membuat arak)
f)       Orang yang minta diperahkan (dibuat arak)
g)      Orang yang membawa arak
h)      Orang yang dibawa arak kepadanya (dengan izinnya)
i)       Orang yang makan hasil arak

Fatwa para ulama cenderung kearah mengharamkannnya. Contohnya bekerja sebagai pramugara dalam syarikat penerbangan yang menghidangkan arak kepada penumpang kapal terbang. Dalam satu fatwa tentang hukum bekerja di syarikat penerbangan asing sebagai juruterbang di mana syarikat ada menyediakan arak, Syeikh Azhar Jad al-Haq berpendapat bahawa kerjaya sebegini adalah haram. Fatwa ini disiarkan dalam majalah al-Azhar, juzuk 7, keluaran Rejab 1414H bersamaan Disember/Januari 1994M.

Oleh itu, adalah wajar tujuan dan peratus arak dalam syarikat diberi pertimbangan dari segi :

a)      Peratusan minority jualan arak

Kedai yang menjual pelbagai bahan seperti makanan, minuman, alat tulis, buku dan sebagainya termasuk minuman yang dijual iaitu arak. Sekadar andaian, minuman arak yang dijual hanya mewakili 2% daripada keseluruhan bahan jualan yang ada dalam kedai. Maka, melihat kepada majority dan keseluruhan bahan jualan dalam kedai, bekerja di kedai sebegini adalah harus. Namanya pun kedai runcit.

Siap promosi lagi tu...


Hal ini agak berbeza jika peratusannya lebih besar. Contohnya memang sah kedai arak atau kedai jual minuman arak. Mungkin 100% arak dan mungkin 80% arak. Haram bekerja di kedai begini.
Contahnya satu pasar raya yang menjual pelbagai barangan keperluan seperti pakaian, makanan dan minuman, perhiasan rumah, aksesori kereta dan sebagainya. Ada bahagian khas untuk menjual minuman keras. Hukum bekerja di pasar raya ini adalah harus. Namun, bekerja di bahagian jualan arak adalah haram.

b)     Penjualan arak diuruskan oleh bukan Muslim
Biarlah urusan jual beli arak diuruskan oleh rakan sekerja yang bukan Muslim. Apabila dikatakan harus bekerja di kedai yang arak hanya sedikit peratusnya, tahap kedua juga perlu dijaga. Andaikan ada pelanggan ingin membeli minuman arak, maka masalah akan timbul ketika itu. Jika kita bekerja sebagai juruwang, kita yang jual menjual arak tersebut. Ini sudah termasuk dalam tegahan Nabi saw.

Kes yang sama berlaku dalam syarikat pengiklanan. Syarikat pengiklanan membuat segala jenis iklan berdasarkan tempahan pelanggan. Ada kilang arak ingin mempromosikan arak dan menggunakan khidmat syarikat iklan. Jika pemilik syarikat iklan adalah Muslim, hendaklah ditolak walaupun lumayan kerana ini juga dianggap maksiat. Namun jika syarikat milik bukan Muslim, maka amat wajar kerja berkaitan pengiklanan arak itu diberikan kepada pekerja bukan Muslim.

Secara konklusinya, bagi mereka yang bekerja di hotel2, sales assistant di kedai runcit yang menguruskan makanan/minuman serta juruwangnya, dan lain2 pekerjaan yang tidak lari dengan arak, perlulah berhati2. Andai diberi tugasan menguruskannya,cuba mengelak dan mintalah diberi tugasan lain, apa salahnya... Banyak lagi pekerjaan yang tidak berkaitan dengan arak..

0 comments: