Apa yang lagi penting?.

Assalamualaikum w.b.t..

      Pesanan kepada diri sendiri terutamanya dan semua. penulis juga tidak terlepas dengan perkara yg ingin disampaikan ini. Mungkin tidak kena pada masa atau musimnya, akan tetapi praktikalnya sepanjang masa.
   
      Secara umumnya orang2 di Malaysia ni kebanyakkannya begitu taksub dengan sesuatu perkara. Misalnya, dengan kekecohan illuminati, freemason, piramid bermata, itu tak boleh pakai, ini tak boleh pakai...alasannya sama bentuk dengan lambang freemason... sampaikan seluar dalam pun kata tak boleh pakai. Memanglah bentuknya tiga segi,akan tetapi tidak semestinya ia freemason. Kalau begitu jangan diguna apa2 benda yang bertiga segi.. Sedang kita begitu taksub dengan sesuatu perkara, yang masih tidak 100% kebenarannya, dan cenderung ke arah pemfitnahan, bukankah lebih baik kita buat sesuatu yg mendatangkan faedah. Ketika perkara2 negatif sedang kita cari, menuduh dan lemparkan, adakah kita sudah cukup iman dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.?

Allahua'lam..


     Admin juga begitu pada mulanya masa baru nak celik IT dulu, siap mencari2 di laman2 web sehingga terlupa diri ini masih jahil dalam sesuatu perkara yg berkaitan dengan fardu ain. Tidaklah salah ingin mengkaji dan belajar tentang isu yang penuh konspirasi ini, namun perlulah seiring dengan pembelajaran fardu ain dan fardu kifayah. Pemantapan aqidah, pembaikan ibadah dan pembentukan akhlak. Inilah yang penting dan perlu diutamakan..
   
     Di kala kita asyik mengkaji siapakah yang benar dan siapa yang salah, solat kita abaikan. Istinjak kita masih tak betul, bacaan masih ada yang khilaf, sedar dan tak sedar al-Quran dan as-Sunnah kita masih jauh lagi. Berapa ramaikah antara kita yang hafal dan mengamalkan doa masuk keluar tandas? Bangun tidur dan tidur? Menaiki kenderaan? Sedangkan doa2 inilah antara doa yg amat pendek sekali. Berapa surah yg sudah kita hafaz? Takkanlah al-Fatihah dan 3-qul sahaja setelah hidup beberapa tahun?

 Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." [At Taubah 9 : 122]

Sesungguhnya manusia itu lemah dan tidak terlepas dengan kesilapan. Insya-Allah, Allah tidak mensia-siakan hambanya yg ingin kembali dan mendekatkan diri ke arah-Nya. Doa2 pendek seperti yang dinyatakan di atas, Insya-Allah akan disisipkan pada post yang akan datang.

p/s: Sempena PRU13 sebenarnya...Sebarang teguran dan perkongsian amat dialu-alukan..
    

0 comments: