Salam Aidilfitri....

Sebulan sudah kita berpuasa,
Sampainya AidilFitri untuk kemenangan kita;
Tangisan Ramadan dibawa bersama,
Semoga beristiqamah sepanjang masa...

Raya, raya jugak, amal ibadat yg pung pang pung pang masa ramadan jgn pulak kita sia2kan..

Khas untuk semua muslimin dan muslimat...


Read More

Selamat Menyambut Ramadan 2013 (1434 H)



Firman Allah S.W.T...
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”
(Surah Al-Baqarah: 183)



Niat puasa....


Semoga ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya dan dipenuhi dengan barakah...Insya-Allah...
Read More

Makna Bacaan Dalam Solat (Video)

Assalamualaikum w.b.t..

Hari-hari kita melakukan solat, tetapi tidak tahu maknanya..Alangkah ruginya kita.. Walaupun tidak semua, sikit pun jadilah dan cuba untuk memperbaiki solat kita dari semasa ke semasa kerana mudah untuk solat kita diterima Allah s.w.t. Memahami dan menghayati makna bacaan dalam solat itu adalah antara latihan sebelum kita dapat kekusyukan solat itu.. Andainya tidak diterima, lagilah rugi... kerana solat inilah yang pertama sekali ditanya Allah di akhirat kelak..
Di bawah ini adalah antara video karikatur yang menarik dan mudah untuk difahami....saksikan dan hayatilah...










Read More

Tabahnya Muslimah Yang Berhijab...

Assalamualaikum w.b.t..
Perkongsian daripada seorang bukan Islam di luar negara yang bersimpati dengan wanita Islam yang berhijab ..Dia telah mencuba memakai tudung dan melihat pandangan masyarakat terhadap dirinya..



sharing this ~FurretTails:
I went to the mall, and a little girl called me a terrorist.

My name is Ela. I am seventeen years old. I am not Muslim, but my friend told me about her friend being discriminated against for wearing a hijab. So I decided to see the discrimination firsthand to get a better understanding of what Muslim women go through.

My friend and I pinned scarves around our heads, and then we went to the mall. Normally, vendors try to get us to buy things and ask us to sample a snack. Clerks usually ask us if we need help, tell us about sales, and smile at us. Not today. People, including vendors, clerks, and other shoppers, wouldn’t look at us. They didn’t talk to us. They acted like we didn’t exist. They didn’t want to be caught staring at us, so they didn’t look at all.

And then, in one store, a girl (who looked about four years old) asked her mom if my friend and I were terrorists. She wasn’t trying to be mean or anything. I don’t even think she could have grasped the idea of prejudice. However, her mother’s response is one I can never forgive or forget. The mother hushed her child, glared at me, and then took her daughter by the hand and led her out of the store.

All that because I put a scarf on my head. Just like that, a mother taught her little girl that being Muslim was evil. It didn’t matter that I was a nice person. All that mattered was that I looked different. That little girl may grow up and teach her children the same thing.

This experiment gave me a huge wakeup call. It lasted for only a few hours, so I can’t even begin to imagine how much prejudice Muslim girls go through every day. It reminded me of something that many people know but rarely remember: the women in hijabs are people, just like all those women out there who aren’t Muslim.

People of Tumblr, please help me spread this message. Treat Muslims, Jews, Christians, Buddhists, Hindus, Pagans, Taoists, etc., exactly the way you want to be treated, regardless of what they’re wearing or not wearing, no exceptions. Reblog this. Tell your friends. I don’t know that the world will ever totally wipe out prejudice, but we can try, one blog at a time.
p/s: Allah Akbar...marilah berdoa semoga dia mendapat hidayah suatu hari nanti dan masyarakat asing terhadap Islam tidak lagi prejudis dan didiskriminasikan..
Read More

Doa-doa Harian

 

Doa ketika hendak tidur

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

Maksudnya:

"Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati"

Doa ketika bangun dari tidur


Maksudnya:

"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali."

Doa masuk rumah

Maksudnya:

"Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakkal."

Doa ketika keluar rumah


Maksudnya:

"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".

 Doa masuk tandas

Maksudnya:

"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina".


Doa keluar tandas


Maksudnya:

"Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkan aku dan menyihatkan diriku".

Doa menaiki kenderaan


سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ

Maksudnya:

"Maha suci Allah yang memudahkan ini (perjalanan / kenderaan) bagi kami. Dan tiadalah kami berkuasa menggunakannya tanpa kurnia dariMu. Sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami."

Read More

11 GOLONGAN YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT




 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci. ”

               


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan. ”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf. ”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al- Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al- Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘ aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu. ”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat. ”


  

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat. ’ “


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
                     

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur. ”


11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh. ”

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhT5qNkTZ4cFPHHz3YPbWteU9jL17ysHl-MQz2obN_pCxlybbMlBbRuuYbJ5pRJwmQ74XoNFoG_F9QEpUb_Y8xB7sZ2_qjRi2yBbMCR9BZUqV-uHX8hxDZ54xq5Yb3kP-sbUMV4mR7qN32M/s400/doamenziarahiorangsakit.jpg
Read More